The owner
![]() Tagbord ![]() ![]() ![]() ![]() Credits ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
SETIA HUJUNG NYAWA :D Assalamualaikum, semua.. :) dah lama tak melawat blog yang dah "bersarang" ni.. kesian blog vanila kan? hehehe btw, vanila nak tanya korang, tengok tak cerita yang tengah hot dekat TV3 sekarang ni? tajuk cerita tu.... SETIA HUJUNG NYAWA.. {PELAKON UTAMA} Abang Amar Asyraf berlakon sebagai Zain Hakimi, manakala kak Nelydia Sensrose sebagai Ersalina Imani.. ni Vanila nak kongsi sikit sinopsis cerita dia berdasarkan novel SETIA HUJUNG NYAWA karya FATIN NABILA..... sinopsis: Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu terus dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit. Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah 'menyentuh' isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. macam mana perasaan korang bila baca sinopsis novel ni? belum tengok ceritanya lagi.. Ni gambar time dorang kahwin.. bagai pinang dibelah dua kan? kalau lah dorang betul-betul kahwin.. tapi abang amar asyraf tu dah bertunang.. so, takkan berlakunya punya lah.. hehehe :P comelkan dorang ni?.. jeles Vanila tau.. hehehe.. sekarang drama Setia Hujung Nyawa dah sampai Ep 25.. dah nak habis dah pun.. takpe jangan risau pada yang tak dapat tengok tu.. layari www.tonton.my untuk tengok the full episode.. dah jadi macam promoter dah pulak.. okaylah korang, Vanila banyak homework kena buat.. nanti vanila share something new lagi kat korang.. selamat malam.. Assalamualaikum.. :D |